Sistem Intensifikasi Padi (Inggeris: 
System of Rice Intensification, 
SRI) ialah satu kaedah penanaman padi yang digunakan untuk meningkatkan hasil padi.Sistem ini telah diasaskan pada tahun 1983 oleh seorang paderi dari Perancis bernama Henri de Laulanie di Madagascar. Walau bagaimanapun, ujian penuh bagi sistem ini hanya berlaku beberapa tahun kemudian.Produktiviti hasil dari SRI masih menjadi perdebatan diantara penyokong dengan pengkritik sistem ini.
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Padi SRI berumur 110 hari 
 
- 
- 
Petani membuat kerja melandak (merumpai) 
 
- 
Keadaan pokok padi selepas kerja melandak 
 
- 
Padi SRI di peringkat mengisi 
 
- 
Petani membuang padi angin 
 
Sejarah dan Konsep SRI
Idea penggunaan sistem ini bermula seawal tahun 1960-an apabila 
Father Henri de Laulanie membuat pemerhatian kepada amalan petani yang 
menanam hanya satu anak pokok padi berbanding amalan biasa menanam 
banyak anak benih di dalam satu lubang dan tidak membiarkan sawah 
dipenuhi air (cukup sekadar berada dalam peringkat separa tepu) ketika 
peringkat fasa tampang. Penanaman dilakukan dengan jarak yang luas di 
dalam bentuk tersusun seperti kotak. Pada ketika itu, penanaman padi 
secara mengubah dilakukan oleh petani secara manual.
Pada tahun 1983, kaedah menanam secara mengubah menggunakan anak 
benih yang berusia kurang dari 15 hari didapati menunjukkan hasil yang 
sangat baik. Ketika harga baja melonjak naik pada ketika itu, penggunaan
 baja organik sangat meluas tetapi dapat memberikan hasil yang lebih 
baik berbanding dengan penggunaan baja kimia. Konsep dan amalan SRI 
terus menerus dievolusikan bagi penggunaan di dalam penanaman padi tanpa
 sistem pengairan (tanaman padi yang bergantung kepada hujan) dan pada 
ketika itu kaedah menanam secara mengubah amat popular berbanding tabur 
terus.
Prinsip yang perlu di dalam penggunaan sistem SRI bagi menjamin hasil yang berkesan:
- sawah perlu dibiarkan lembab bukannya dalam keadaan tepu air bagi 
meminimumkan keadaan anaerobik, supaya dapat meningkatkan dan 
memperbaiki pertumbuhan akar serta menyokong pembiakan dan diversiti 
organisma tanah yang aerobik;
- pokok padi perlu mempunyai jarak yang optimum di antara satu sama 
lain bagi membantu pertumbuhan akar bagi penyerapan nutrien dengan lebih
 berkesan dan kanopi supaya semua daun dapat menjalankan proses fotosintesis dengan lebih aktif; dan
- anak padi perlu dipindahkan segera dalam keadaan muda, kurang 
daripada 15 hari bagi mengelakkan kesan trauma pada akar dan "kejutan" 
akibat pemindahan.
Prinsip ini sekaligus mengubah amalan konvensional di dalam 
pengurusan pokok, tanah, air dan nutrien. Perubahan ini dapat 
meningkatkan fenotaip yang lebih produktif bagi sebarang genotaip padi, 
dengan sesetengah varieti memberi respon yang lebih baik dari yang lain 
apabila kaedah SRI digunakan. Sistem ini dapat meningkatkan hasil padi, 
mengurangkan keperluan benih dan mengurangkan keperluan air 25 hingga 50
 peratus.Baja kimia dan racun kimia boleh digunakan, tetapi hasil terbaik diperolehi tanpa menggunakan input kimia yang dibeli.
Penyebaran SRI
Penyebaran SRI dari Madagascar ke seluruh dunia telah dilakukan oleh 
Prof. Dr. Norman Uphoff, Pengarah Institut Antarabangsa bagi Makanan, Pertanian dan Pembangunan, 
Universiti Cornell yang terletak di 
Ithaca, 
New York.
 Beliau memulakan usaha ini sejak tahun 1993 hingga 2005. Dalam tahun 
1993, beliau telah menemui pegawai dari Association Tefy Saina, sebuah 
organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan di Madagascar pada tahun 1990 
oleh de Laulanie bagi mempromosikan SRI. Setelah melihat kejayaan SRI 
selama 3 tahun di mana petani di Madagascar dapat meningkatkan hasil 
padi purata mereka dari 2 tan/ha kepada 8 tan/ha dengan SRI, Uphoff 
mengiktiraf sistem ini dan pada tahun 1997 beliau mula mempromosikan SRI
 di 
Asia. Sehingga 2010, SRI telah didokumenkan oleh 40 negara, dan yang terkini termasuklah 
Bhutan, 
Iraq, 
Iran dan 
Zambia.
[10] Kerajaan di negara 
China, 
India dan 
Indonesia
 menggalakkan penggunaan SRI dengan mengembangkan sistem ini di kalangan
 petani. Konsep dan amalan SRI bukan sahaja diaplikasikan di sawah padi,
 tetapi juga tanaman lain seperti di India, konsep ini turut digunakan 
dalam tanaman 
gandum dan 
tebu.
Universiti Cornell (New York), Universiti Wageningen (
Belanda) dan 
IRRI
 telah bekerjasama bagi menjalankan satu kajian percubaan di seluruh 
dunia bagi penggunaan SRI untuk tanaman padi bermula pada tahun 2009 
hingga 2011.
Beberapa prinsip yang menjadi ketentuan, yaitu :
 a.    Tanam bibit muda berusia kurang dari 12 hari setelah sebar (hss) ketika bibit masih berdaun 2 helai.
 b.    Tanam bibit satu lubang satu batang dengan jarak tanam biasa 25 Cm x 25 Cm, 30 Cm x 30 Cm atau legowo 2.
 c.    Pindah tanam harus hati-hati karena batang masih lemah dan akar tidak putus dan ditanam tidak dalam.
 d.    Pemberian air maksimal 2 Cm dengan cara intermitten (berselang).
 e.    Penyiangan sejak awal pada umur 10 hari dan diulang sampai 3 kali dengan interval 10 harian.
 f.    Upayakan menggunakan pupuk organik.
 Kelebihan S.R.I. dibandingkan dengan tanam padi secara biasa petani (konvensional) adalah :
 a.    Tanaman hemat air.
 b.    Hemat biaya benih.
 c.    Hemat waktu karena panen lebih awal.
 d.    Produksi bisa meningkat.
Budidaya Padi Metode S.R.I.
a.    Pengolahan Tanah
•    Tanah dibajak sedalam 25 – 30 Cm.
•    Benamkan sisa-sisa tanaman dan rumput-rumputan
•    Gemburkan dengan garu sampai terbentuk struktur lumpur yang 
sempurna, lalu diratakan sehingga saat diberikan air ketinggiannya di 
petakan sawah merata.
•    Sangat dianjurkan pada waktu pembajakan diberikan pupuk organik (pupuk kandang,pupuk kompos,pupuk hijau).
b.    Pemilahan Benih Bernas dengan Larutan Garam
Untuk mendapatkan benih yang bermutu baik (bernas) maka perlu dilakukan
 pemilihan, walaupun benih tersebut dihasilkan sendiri, atau benih 
berlabel yaitu dengan menggunakan larutan garam dengan langkah-langkah 
sebagai berikut:
•    Masukan air kedalam ember, kemudian masukan garam lalu diaduk 
sampai larut, jumlah garam dianggap cukup bila telur itik bisa 
mengapung.
•    Masukan benih padi kedalam ember, kemudian pisahkan benih yang 
mengambang dengan yang tenggelam. Selanjutnya benih yang tenggelam/benih
 yang bermutu dicuci dengan air biasa sampai bersih. 
c.    Perendaman dan Pemeraman Benih
Setelah uji benih selesai proses berikutnya adalah:
•    Benih yang bermutu (tenggelam) direndam dalam air bersih selama 24-48 jam.
•    Setelah direndam, dianginkan (ditiriskan) selama 24-48 jam sampai berkecambah
d.    Persemaian
Persemaian  untuk budidaya S.R.I dapat dilakukan dengan mempergunakan 
baki plastik atau kotak yang terbuat dari bambu/besek. Hal ini 
dimaksudkan untuk mempermudah pemindahan, pencabutan, dan penanaman.
Proses persemaian adalah sebagai berikut:
•    Benih yang dipergunakan tergantung pada kebiasaan/ kesukaan petani (bermutu baik/bernas).
•    Penyiapan tempat persemaian dilapisi dengan daun pisang yang sudah
 dilemaskan, kemudian diberikan tanah yang subur bercampur kompos 
(perbandingan 1:1), tinggi tanah pembibitan sekitar 4cm.
•    Benih yang ditaburkan ke dalam tempat persemaian, kemudian ditutup tanah tipis. 
e.    Penanaman
•    Pola penanaman bibit metoda S.R.I adalah bujur sangkar 30 x 30 cm,
 35 x 35 cm atau lebih jarang lagi misalkan sampai 50 x 50 cm pada tanah
 subur.
•    Garis-garis bujur sangkar dibuat dengan caplak.
•    Bibit ditanam pada umur 5-15 hari (daun dua) setelah semai, dengan
 jumlah bibit per lubang satu, dan dangkal 1-1,5 cm, serta posisi 
perakaran seperti huruf L.
f.    Pemupukan
Takaran pupuk  an-organik (kimia) disesuaikan dengan anjuran. Hasil Demplot digunakan pupuk kimia sebagai berikut:
•    Pemupukan I pada umur 7-15 HST dengan dosis Urea 125kg/Ha, SP-36 100kg/ha.
•    Pemupukan II pada umur 20-30 HST dengan dosis Urea 125kg/ha
•    Pemupukan III pada umur 40-45 HST dengan dosis ZA 100kg/ha. jika tanaman belum bagus.
Metode S.R.I sangat menganjurkan pemakaian pupuk organik (pupuk 
kandang, kompos atau pupuk hijau/daun-daunan), penggunaan pupuk organik 
selain memperbaiki struktur tanah juga bisa mengikat air/menghemat air. 
 
g.    Penyiangan
Penyiangan dilakukan dengan mempergunakan alat penyiang jenis landak 
atau rotary weeder, atau dengan alat jenis apapun dengan tujuan untuk 
membasmi gulma dan sekaligus penggemburan tanah.  Penyiangan dilakukan 
sebanyak 3 kali atau lebih, sesuai kondisi sawah. Semakin sering 
dilakukan penyiangan akan dapat meningkatkan produksi.
h.    Pemberian air secara terputus/berselang
Dengan cara terputus-putus (intermitten) dengan ketinggian air di 
petakan sawah maksimum 2 cm, paling baik macak-macak (0,5 cm).  Pada 
periode tertentu petak sawah harus dikeringkan sampai tanahnya 
pecah-pecah rambut.
i.    Panen
Panen dilakukan setelah tanaman sudah tua dengan ditandai menguningnya 
semua bulir secara merata atau masaknya gabah. Bulir padi telah 
benar-benar bernas berisi. Bila dihitung dari pesemaian, maka umur panen
 lebih singkat dibandingkan dengan cara konvensional.
 
Kritikan
Terdapat beberapa kritikan diberikan pada SRI.
 Di kala penyokong SRI melaporkan banyak kelebihan sistem ini kerana 
peningkatan hasil -- kerintangan kepada penyakit dan perosak, 
kerintangan terhadap tekanan abiotik seperti kemarau dan ribut, 
penambahan output (dalam kg), mengurangkan pencemaran tanah dan sumber 
air -- kritik memfokuskan kepada hasil yang dikatakan meningkat tinggi 
kerana "tiada rekod yang disimpan dengan baik dan pemikiran tidak 
saintifik". Sesetengah kritikan juga menyatakan bahawa Madagascar 
dikatakan mempunyai tanah yang unik dan sesuai bagi penggunaan sistem 
ini tetapi disanggah oleh penyokong sistem ini.
Pengkritik turut menyatakan kekurangan keterangan di dalam kaedah 
yang digunakan semasa percubaan sistem ini dan kurangnya penerbitan 
artikel serta kajian ilmiah. Setelah beberapa kritikan muncul, saintis 
mula menerbitkan pelbagai bahan kajian berkenaan SRI dan mula 
menjalankan percubaan SRI secara lebih meluas.
 Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Intensifikasi_Padi
http://epetani.deptan.go.id/budidaya/tanam-padi-metode-sri-system-rice-intensification-5422